• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Tidak Berubah

oleh
11/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit tidak berubah dengan memihak kepada pengukuhan berbanding dolar US pada pagi Selasa ekoran ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Mexico kini semakin reda, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1620/1660 berbanding dolar daripada 4.1620/1650 pada penutupan Isnin.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Edward Moya berkata, kedua-dua negara berjiran di Amerika Utara itu baru-baru ini mencapai persetujuan membabitkan imigresen yang mengelak AS daripada mengenakan tarif ke atas barangan Mexico.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Mexico akan menempatkan tambahan 6,000 anggota tentera di sempadan bagi menghalang penghijrahan haram ke AS, dengan permohonan untuk suaka diproses di dalam negara.

Trump mendakwa dokumen itu telah ditandatangani, namun Menteri Luar Mexico menafikannya.

“Buat masa sekarang, pasaran tidak bimbang mengenai hubungan Mexico dan Amerika Syarikat, dan mengalihkan semula tumpuan kepada perang perdagangan semasa China-Amerika Syarikat,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit didagang kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding pound.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0469/0518 daripada 3.0451/0477 pada penutupan Isnin , ringgit rendah berbanding yen kepada 3.8352/8400 daripada 3.8331/8366 dan rendah berbanding euro kepada 4.7085/7147 daripada 4.7047/7098.

Berbanding pound, unit tempatan lebih tinggi kepada 5.2799/2854 berbanding 5.2812/2866 pada penutupan Isnin.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd