• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PM, Jemaah Menteri

oleh
05/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri dihoskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menteri kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri yang mula dibuka pukul 10 pagi tadi.

Ini merupakan majlis rumah terbuka Aidilfitri kedua Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr. Mahathir setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dijangka tiba kira-kira pukul 12 tengah hari selepas menghadiri rumah terbuka Istana Negara.

Seramai 50,000 tetamu dijangka menghadiri rumah terbuka hari ini dengan mereka mulai berkumpul seawal 8.30 pagi lagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung sehingga 4.30 petang.

Selain kemudahan 1,150 parkir kereta berhampiran kawasan Seri Perdana, orang ramai dilihat turut hadir menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan di tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.

Selain disajikan pelbagai juadah hari raya, orang ramai juga berpeluang bersalaman dan bergambar bersama Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, selain anggota Kabinet.

Antara anggota Jemaah Kabinet yang dijangka turut hadir meraikan tetamu termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad juga dijangka hadir.

Tags: Hari Raya AidilfitriRumah Terbuka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd