Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Perlis Tergores...

KUANTAN - Dewan Pemuda PAS Perlis kecewa kerana pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth...

Ai Agro Star Sasar...

MARANG - Syarikat Ai Agro Star Holding Berhad, pengeluar minuman berasaskan bunga 'roselle',...

Suspek Dera Akibat Bomoh...

PENUNTUT Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat...

Jaclyn Surprise Peminat Dengan...

SEMALAM baru sahaja namanya disebut-sebut kerana lontaran vokal yang padu semasa menyanyikan lagu...

RCI Wang Kelian: Laporan Kepada Agong Pada September

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis akan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada awal September ini.

Pengerusi RCI, Tun Arifin Zakaria berkata, pendengaran awam RCI telah ditangguhkan hari ini selepas berlangsungnya 17 sesi pendengaran selepas sebanyak 48 saksi dipanggil memberi keterangan sejak 17 April lalu.

“Selepas ini kita akan bermesyuarat dan sediakan laporan, kita ada masa pada Julai dan Ogos untuk sediakan laporan. Selepas itu, kita akan kemukan kepada Yang di-Pertuan Agong pada awal September, insyaAllah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan hari terakhir sesi pendengaran awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada laporan siasatan itu akan didedahkan kepada awam, Arifin berkata, perkara itu tertakluk kepada keputusan kerajaan dan bukannya di bawah bidang kuasa RCI.

Sementara itu, Arifin memaklum bahawa beliau berpuas hati dengan dapatan RCI itu setakat ini.

“Secara umumnya, saya berpuas hati dengan apa yang diberikan kepada RCI setakat ini, dan kita tahu polis juga sudah melakukan yang terbaik dan termampu untuk sesi ini.


“Cuma ada beberapa perkara seperti kita mahukan saksi dari Thailand, tetapi tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negara itu. Jadi itu agak susahlah dan kita juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyaman mereka kerana mereka negara luar.”

Mengulas mengenai kandungan laporan yang akan siapkan nanti, Arifin memberitahu, penambahbaikan kawalan sempadan dan kerjasama dengan negara lain akan disentuh dalam laporan itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi RCI yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai berkata, cadangan sama ada perlu dibuka semula atau sebaliknya siasatan ke penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, bergantung kepada dapatan selepas perbincangan dengan ahli RCI yang lain.

“Perkara itu bergantung kepada dapatan kita selepas perbincangan dengan ahli-ahli RCI. Kalau kita fikirkan perlu untuk memperakukan yang sedemikian, saya fikir RCI ini akan buat laporan yang sesuailah,” katanya.

Kategori