• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Lewat Sebab Tiada Wang, Punca Kerajaan Dahulu

oleh
03/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya berlaku di Sabah tetapi keadaan itu turut terjadi di negeri lain termasuk di Semenanjung, kata Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata penyaluran pembiayaan projek pembangunan itu dilihat sangat perlahan berikutan berlaku beberapa kekangan termasuk masalah kewangan ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Ia lambat bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung. Masalahnya ialah kita menghadapi banyak rintangan berpunca kerajaan terdahulu.

“Perkara yang paling penting kita tiada wang. Kita biarkan sektor swasta menjalankannya (projek) dan kita mesti pastikan sektor swasta itu adalah tulen dan bukannya menjadi alat untuk orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar di Masjid Bandaraya di sini, malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengulas perkembangan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, Dr. Mahathir menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat untuk menentukan sama ada memberikan kuasa kepada JKR Sabah bagi menguruskan projek berkenaan.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah melantik pihak luar untuk memantau projek itu sehingga kerajaan mengeluarkan perbelanjaan tambahan dengan menggunakan perkhidmatan pihak terbabit.

“Ini tugas JKR. Jadi sekarang JKR mengambil semula peranan itu sekurang-kurangnya dalam hal Sabah, dan terpulang kepada mereka (untuk menentukan) siapa pihak berkuasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia sentiasa bekerjasama rapat dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) meskipun ia bukan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata tiga menteri Kabinet PH dalam kalangan wakil rakyat Warisan juga adalah bukti parti berkenaan memberi kerjasama erat dengan PH.

Selain itu, Warisan turut memainkan peranan sangat besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan baru-baru ini, katanya.

PRK Parlimen Sandakan menyaksikan calon PH, Vivian Wong Shir Yee daripada DAP memperolehi kemenangan besar dengan majoriti undi sebanyak 11,521 dalam pertembungan lima penjuru pada 11 Mei lepas.

Tags: KewanganMahathir Mohamadprojek pembangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanpa Konflik Geopolitik Pun Ada  Projek Tersasar Dari Jadual

Tanpa Konflik Geopolitik Pun Ada Projek Tersasar Dari Jadual

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Mohd. Akmal Nasrullah Mohd Nasir melahirkan kekesalan kerana terdapat projek pembangunan yang tersasar dari jadual...

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd