• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Dakwaan 10 Nelayan Diculik Abu Sayyaf

oleh
19/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai diculik penculik yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf awal pagi Selasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, siasatan lebih menjurus kepada lokasi mereka diculik sama ada di perairan negara atau di perairan antarabangsa.

Malah tegas beliau, setakat ini tiada laporan polis dibuat susulan penculikan itu.

“Tiada laporan dibuat. Pegawai dan anggota saya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu sedang ambil keterangan mangsa yang dikatakan membuat panggilan kecemasan.

“Perincian sama ada mereka diculik di perairan negara ini atau di sempadan (perairan antarabangsa) masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Menurut laporan The Star, 10 daripada mangsa culik merupakan kru daripada dua buah kapal nelayan.

Kesemua mangsa dipercayai warga Filipina itu diculik kumpulan lengkap bersenjata dan bot laju di pada pukul 2 pagi Selasa.

Manakala enam nelayan yang lain berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sementara itu, pihak Maritim Malaysia Sabah ketika dihubungi Astro AWANI enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. – Astro AWANI

Tags: abu sayyafkes culikNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd