• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia 2034: Agong Sambut Baik

oleh
26/06/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut baik pengumuman oleh negara anggota ASEAN baru-baru ini yang bersepakat untuk membida bersama penganjuran Piala Dunia FIFA pada 2034.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Al-Sultan Abdullah menyokong penuh langkah berkenaan dan menantikan untuk mendengar butiran lanjut berkaitan bidaan serta mengucapkan selamat maju jaya kepada ASEAN dalam usahanya itu.

Seri Paduka merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dan anggota jawatankuasa eksekutif FIFA.

“Beta terlibat dengan sukan bola sepak hampir sebahagian besar daripada hidup beta dan memang menjadi satu impian untuk melihat Piala Dunia dianjurkan di tanah air kita. Semasa beta menjadi Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA, beta mengemukakan cadangan supaya bidaan bersama dilakukan dengan negara anggota ASEAN.

“Beta berpendapat ini merupakan peluang yang sangat baik untuk meningkatkan bola sepak kita ke tahap Piala Dunia, bersandarkan kepada motivasi apabila menjadi sebahagian daripada Piala Dunia.

“Sudah tentulah, pulangan ekonomi sahaja amat besar, bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada negara berjiran kita. Menganjurkan acara seperti ini semestinyalah akan membawa kepada kewujudan peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur besar-besaran dan meningkatkan kedatangan pelancong.

“Beta turut teruja dengan prospek yang akan memacu pembangunan akar umbi dan pemain bola sepak muda kita ke arah mencapai impian untuk beraksi dalam Piala Dunia,” titah Seri Paduka.

Tahun lepas, Al-Sultan Abdullah bertitah Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada negara anggota ASEAN untuk bersama-sama membida penganjuran Piala Dunia FIFA 2034.

Seri Paduka dilaporkan bertitah sudah tiba masanya rantau ASEAN diberi peluang untuk menjadi tuan rumah bersama kerana ia akan membolehkan negara anggotanya menambah baik infrastruktur dan memperkukuhkan pasukan kebangsaan masing-masing.

Pengerusi ASEAN, Jen Prayuth Chan o-cha memberitahu persidangan akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok, Thailand, pada Ahad lepas bahawa kesemua 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk melancarkan bidaan bersama bagi menganjurkan Piala Dunia FIFA 2034.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, lima negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia mencetuskan cadangan itu semasa sidang kemuncak berkenaan.

Tags: Al-Sultan AbdullahASEANbola sepakPiala Dunia FIFA 2034
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kami Rasa Tidak Dihargai” – Pengerusi FGV

Next Post

1MDB: UMNO Akan Kemuka Afidavit Balas

Related Posts

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

21/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara ditutup sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025. Antara jalan...

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

17/04/2025
0

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan...

Next Post

1MDB: UMNO Akan Kemuka Afidavit Balas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd