• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi To’ki Cedera Ditikam Penyamun

oleh
10/06/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, cedera ditikam dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai dalam cubaan samun di Taman Daya, Kepong, di sini semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia yang bersendirian baru sahaja selesai membeli perkakasan melukis di pusat beli-belah Selayang Mall.

“Kira-kira jam 8 malam semasa dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal di satu selekoh, datang tiga lelaki menunggang dua motosikal menahan saya.

“Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum menahan saya. Kemudian salah seorang lelaki terbabit mengugut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga,” katanya kepada Sinar Harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan itu berkata, salah seorang lelaki terbabit secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menikam tangan kirinya.

“Saya terus rebah sebelum dibantu orang awam yang segera membawa saya ke HKL. Alhamdulillah, hari ini saya sedikit sihat selepas selesai menjalani pembedahan pada jam 10 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang meluangkan masa melawat penyanyi itu berkata, beliau mengambil berat kes berkenaan.

“Nasib dia (To’ki) tidak baik. Apa pun syukur dia selamat dibedah dan semoga dia cepat sembuh serta kembali aktif dalam bidang seni kerana buat masa ini To’ki masih terlibat dalam persembahan mingguan di beberapa tempat.

“Saya harap kerjaya seninya disambung. Sekiranya kita boleh bantu, kita akan laksanakan. Kita akan pantau dari segi pemulihan kesihatannya dan kerjayanya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: DITIKAMpenyanyiTo'ki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd