• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilalihan 4 Konsesi Tol Dibiayai Penerbitan Bon

oleh
27/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penerbitan bon sebanyak RM6.2 bilion bagi tujuan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya bertol di negara ini disifatkan sebagai penyelesaian menang-menang kerana sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dapat dijimatkan melalui bayaran pampasan untuk membekukan kadar tol di lebuh raya terbabit.

Penjimatan bayaran pampasan itu melibatkan jumlah antara RM1.92 bilion hingga RM2.24 bilion bagi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) (RM1.57 – RM2.04 bilion), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) (RM1.08 – RM1.19 bilion) dan Terowong SMART (SMART) (RM671 juta hingga RM1.03 bilion).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah itu adalah berbanding kos pampasan sebanyak RM18 bilion yang perlu ditanggung kerajaan sekiranya kutipan tol dihentikan di lebuh raya berkenaan.

“Akibat isu-isu yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu yang telah menyebabkan kekangan kewangan, Kerajaan Persekutuan tidak mampu membelanjakan RM18 bilion untuk
tujuan ini.

“Penerbitan bon RM6.2 bilion tanpa memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan merupakan penyelesaian menang-menang kerana penjimatan bayaran pampasan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion untuk membekukan kadar tol di empat lebuh raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Guan Eng berkata, persoalan juga telah ditimbulkan tentang mengapa perlunya pengambilalihan konsesi-konsesi dengan nilai RM6.2 bilion diteruskan sedangkan perjanjian akan tamat dalam tempoh 9 hingga 23 tahun.

Jelas sekali, katanya, kesan serta-merta daripada keputusan itu adalah pengguna lebuh raya akan membayar caj kesesakan lebih rendah yang mampu memberi mereka penjimatan sebanyak RM180 juta setahun.

Menurutnya, tempoh konsesi juga tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti yang termeterai dalam perjanjian konsesi sedia ada.

“Setelah perjanjian tamat, caj kesesakan akan dikurangkan lagi bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sahaja tanpa mengandungi sebarang unsur keuntungan,” katanya.

Guan Eng berkata, tawaran bersyarat itu masih tertakluk kepada kelulusan daripada Majlis Jemaah Menteri apabila diluluskan oleh pemegang saham dan pemiutang empat pemegang konsesi lebuh raya tersebut.

“Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa tawaran tersebut yang dibuat selepas melalui ketekunan wajar (due diligence) oleh perunding perbankan profesional adalah sejajar dengan usaha memenuhi komitmen kerajaan Pakatan Harapan,” ujarnya.

Pengambilalihan empat konsesi lebuh raya bertol di negara ini dijangka bermula 1 Januari tahun depan dengan harga yang ditawarkan kerajaan sebanyak RM6.2 bilion bagi keempat-empat lebuh raya terbabit.

Jika proses pengambilalihan berjalan lancar, kerajaan akan mengambil alih lebuh raya berkenaan pada 31 Disember depan melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan membiayai harga tawaran sebanyak RM6.2 bilion itu melalui penerbitan bon.

Tags: bon kerajaanKonsesi Tollebuh rayaLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd