• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembelian Lebuh Raya Gamuda Perlu Diteliti – Kadir Jasin

oleh
25/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu meneliti cadangan pembelian aset lebuh raya Gamuda Bhd., kata pengamal media veteran, Datuk A. Kadir Jasin hari ini.

Menulis dalam akaun Facebooknya, penasihat media kepada Perdana Menteri itu mengambil perhatian bahawa Gamuda merancang untuk menjual aset lebuh raya bertolnya di Lembah Klang kepada kerajaan bagi RM6.2 bilion untuk baki tempoh konsesi.

“Ada yang mengatakan ia urus niaga menang-menang, yang lain tidak begitu yakin. Kalangan yang tidak begitu yakin mengatakan adalah lebih murah untuk membayar pampasan kepada Gamuda bagi tiada kutipan tol daripada membeli empat lebuh raya itu, yang amaunnya kurang daripada harga pembelian yang dicadangkan.

“Bagaimanapun, lebuh raya itu akan kembali kepada kerajaan dalam tempoh 10 tahun apabila tempoh konsesi berakhir,” kata Kadir.

Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan bahawa ia secara rasmi telah menyerahkan surat tawaran kepada empat pemegang konsesi tol dengan nilai perusahaan sebanyak RM6.2 bilion.

Empat konsesi lebuh raya bertol yang Gamuda mempunyai kepentingan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART).

Pecahan harga tawaran adalah LDP bagi RM2.47 bilion, Sprint (RM1.98 bilion), Kesas (RM1.38 bilion) dan SMART (RM369 juta).

Tags: A Kadir JasinGamudaKESASLDPlebuh rayaSMARTSprint
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd