• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Ditubuh Dapatkan Wang 1MDB

oleh
21/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah pasukan petugas khas baharu akan ditubuhkan di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) bertujuan mendapatkan semula aset-aset berkaitan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara bernilai hampir AS$5 bilion (RM20.74 bilion).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pasukan khas itu juga akan mendapat kerjasama Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara memandangkan proses mendapatkan aset itu di luar negara lebih rumit.

“SPRM dapat kenal pasti aset-aset yang perlu kita dapatkan semula daripada luar negara sahaja dan pasukan tugasan khas ini perlu kerana ini merupakan satu tugas yang agak rumit.

“Jadi, kita dalam perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan dan kita sedang berusaha mengesan pergerakan aliran wang selain berbincang mengenai hal perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar berhubung tindakan undang-undang terkini 1MDB di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, aset-aset itu dikenal pasti bukan sahaja di Amerika Syarikat malah di beberapa buah negara luar lain, namun beliau tidak menamakan negara tersebut.

“Negara luar lain ada proses perundangan tertentu yang perlu dipatuhi dan ini yang perlu kita bincang dengan mereka.

“Kita tidak boleh menggunakan undang-undang di negara ini dalam mendapatkan semula aset-aset itu,” katanya.

Tags: 1MDBAzam BakiGIACCSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekalkan Istilah Semburit – Awang Sariyan

Next Post

Najib Mungkin Akan Dipanggil SPRM Isu ‘Land Swap’

Related Posts

Siasatan Seleweng Dana Bina Lebuh Raya: SPRM Turut Serbu Rumah Tan Sri Di Melaka

Siasatan Seleweng Dana Bina Lebuh Raya: SPRM Turut Serbu Rumah Tan Sri Di Melaka

11/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan...

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat permohonan bagi melucutkan hak bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di...

Next Post

Najib Mungkin Akan Dipanggil SPRM Isu 'Land Swap'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd