• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Ingatkan UMNO Agar Ikhlas Dengan Kerjasama

oleh
20/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – PAS dan UMNO saling menerima perjuangan masing-masing dan tidak mempunyai masalah dengan kerjasama yang dimeterai ketika ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau melihat senario ahli dan penyokong kedua parti di akar umbi ketika ini mula menerima antara satu sama lain.

“Apa saya nak kata, dalam persoalan (kerjasama) ini, di kampung kami juga meyakinkan, ada orang PAS tak boleh sebut UMNO, pujuk punya pujuk, Alhamdulillah dah sejuk dan mulai muktamar di Terengganu tahun lepas, mereka boleh terima UMNO.

“Sekarang, kerjasama ini makin sejuk dan ruang untuk kita bersatu dan bercantum ada di hadapan kita.

“Ini kerana UMNO sudah menyedari siapa musuh utama parti dan UMNO mula menyedari keinsafannya,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian ketika berucap sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 di Wisma Belia Indera Mahkota semalam.

Turut hadir, Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan beberapa NGO termasuk Pertubuhan Himpunan Lepasan Intitusi Pendidikan Malaysia (Halaun) dan Ikatan Muslim Malaysia (Isma).

Persidangan tersebut dihadiri kira-kira 680 perwakilan dari 151 PAS kawasan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Hashim mengingatkan supaya UMNO ikhlas dengan kerjasama yang dibuat demi melawan musuh.

“Kita harap kedua-dua parti jangan lupa niat asal.. kena ikhlas untuk melawan musuh di hadapan ini.

“Kalau kita tidak ikut panduan Rasulullah sudah tentu kita tidak akan berjaya dan kita kena berpegang kepada wasiah ALLAH,” katanya.

Tags: Hashim JasinPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd