Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, mendakwa tiga produk keluarannya telah diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga mengakibatkannya mengalami kerugian teruk sejak tahun lalu.

Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nur Sajat mendakwa, Produk Let’s Bengkung Diamond Gold keluaran syarikatnya telah berada di pasaran sejak empat tahun lalu dan salah satunya sudah tidak dikeluarkan lagi namun masih dijual oleh pihak yang menciplak barangan itu.

Katanya, ekoran itu, 26 stokis dan ramai ejennya tidak dapat menjual barangan yang mendapat permintaan tinggi itu kerana persaingan harga daripada produk tiruan.

“Produk tulen dijual pada harga RM130.90 manakala yang tiruan dijual antara RM30 hingga RM90. Kebanyakan produk saya dijual di bazar, laman sosial dan platform e-dagang terkenal seperti Shopee dan Lazada.

“Saya dimaklumkan, pembeli yang memakai produk tiruan akan mengalami kecederaan pada badan mereka kerana besi yang digunakan untuk bengkung tersebut akan terkeluar hingga menyucuk tubuh si pemakai,” dakwanya ketika ditemui di Pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sini hari ini.

Dakwa Nur Sajat, dia dan pasukannya ada membuat pemantauan dan pemeriksaan di dua buah premis di Sungai Udang, Klang serta Chow Kit di sini selepas mendapat aduan mengenai penjualan barangan tiruan tersebut.

Nur Sajat mendakwa, siasatan pihaknya mendapati ada pihak yang cuba mengambil untung atas angin dengan mengeluarkan 15,000 produk itu setiap bulan untuk dijual pada harga murah.

“Kotak, logo, jahitan, tulisan, tag dan kain yang digunakan amat berbeza dengan yang tulen dan saya menggesa mereka supaya menghentikan perbuatan itu jika tidak mahu berdepan dengan undang-undang.


“Kebanyakan stokis saya adalah ibu tunggal, pelajar dan peniaga online yang terjejas kerana kehilangan 60 hingga 70 peratus daripada pendapatan yang mereka peroleh sebelum ini,” dakwanya.

Nur Sajat mendakwa, dia juga pernah menyergah seorang peniaga di bazar di Singapura beberapa bulan lalu kerana menjual produk tiruan tersebut.

“Ketika itu saya sedang lalu di situ dan ternampak produk saya yang diciplak. Saya terus bertanya kepada dia dan dia meminta mmaf lalu membuang barangan tersebut kerana mendakwa dia tidak tahu apa-apa,” dakwanya.

Dakwa Nur Sajat, ekoran kejadian itu dia yang mampu memperoleh pendapatan sehingga jualan 20,000 helai bengkung sebulan daripada penjualan produk itu kerugian antara 60 hingga 70 peratus.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Negeri KPDNHEP, Azeem Nazuri beriata, pihaknya akan menjalankan siasatan di atas aduan Nur Sajat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. – K! ONLINE

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...