Sample Page Title

KUALA LUMPUR -Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) diiktiraf sebagai badan pengelola sukan bermotor Malaysia yang baharu bagi menggantikan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang sudah dibatalkan pendaftarannya tahun lalu.

Justeru, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bersetuju MAM mengambil alih peranan sebagai badan induk sukan permotoran negara dengan serta-merta.

FIA, badan induk sukan permotoran empat roda, dalam kenyataan bertarikh 18 Jun lalu, berkata mereka telah memutuskan untuk mewakilkan tugas AAM kepada MAM yang diterajui presiden Tan Sri Mokhzani Mahathir, sebagaimana tertakluk dalam Perkara 5.2 dan 16.3 Statut FIA.

Setiausaha Agung FIA Bahagian Sukan Permotoran, Peter Bayer, berkata sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia akan datang, Oktober ini.

Beliau berharap MAM akan mengambil semua langkah sewajar sebagai badan berkuasa sukan permotoran di Malaysia.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia membatalkan pendaftaran AAM pada 30 November 2018 ekoran kegagalan mematuhi pelbagai peraturan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Sementara itu, Mokhzani mengalu-alukan pengiktirafan FIA itu, sambil menyatakan keutamaan badan induk baharu itu adalah untuk memastikan sukan permotoran negara terus berkembang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

”Adalah penting bagi Malaysia mempunyai sebuah badan pengelola bagi melaksanakan aktiviti sukan permotoran serta menyokong pembangunan sukan itu serta memberi pengiktirafan kepada acara berkaitan permotoran.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan sukan permotoran Malaysia menerima khidmat terbaik daripada kami,” katanya.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...