• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Syura Ulamak PAS Luluskan Kerjasama Dengan UMNO

oleh
23/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Majlis Syura Ulamak PAS telah meluluskan kerjasama parti itu dengan UMNO sebelum dibawa ke Muktamar Tahunan ke-65.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usul yang dibawa hari ini bertujuan untuk mengesahkan dan mendapat mandat daripada muktamar.

“Dari segi politik ia sudah dibincang dalam Majlis Syura Ulamak. Dalam Perlembagaan PAS keputusan itu mesti diizinkan muktamar sebelum diberikan mandat.

“Majlis Syura Ulamak sudah memperakui dalam muktamar, maksudnya ia sudah dibincang dalam Majlis Syura Ulamak, tinggal nak mengesahkan dan mendapat mandat daripada muktamar. Secara dasarnya ia telah dipersetujui, cuma garis panduan masih dibincangkan,” katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, Majlis Syura Ulamak PAS sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama dengan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu perpaduan, taawun dan tahaluf siyasi.

Terdahulu, perwakilan di Muktamar Tahunan PAS ke-65 hari ini sebulat suara bersetuju memberi mandat kepada pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak agar memeterai taawun dan tahaluf siyasi dengan UMNO dan parti-parti politik lain.

Usul tersebut juga menggesa agar panduan asas, syarat-syarat dan batas kerjasama politik dengan parti-parti politik tersebut digariskan, manakala hubungan parti-parti komponen Gagasan Sejahtera hendaklah diperkasakan.

Tags: Abdul Hadi AwangMajlis Syura Ulamak PASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd