• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Dakwa Hasil Siasatan MH17 Bermotif Politik

oleh
20/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan hasil dapatan Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) mengenai penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17, bermotifkan politik.

Dakwa Dr. Mahathir, pasukan JIT, yang diketuai penyiasat Belanda, dari awal lagi mahu menuduh Rusia dan sudah tentu sekarang mereka sudah mempunyai bukti pihak yang bersalah.

“Ini satu perkara yang tidak boleh diterima. Apa yang kita nak masa ini kita mahu bukti yang Rusia yang buat. Setakat ini hanya khabar angin,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya majlis rumah terbuka Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Semalam, empat suspek dinamakan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam penembakan MH17 yang berlaku 5 tahun lalu.

Suspek adalah Igor Girkin, bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia; Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, yang berkhidmat untuk Perkhidmatan Perisikan Tentera Rusia; dan Leonid Kharchenko, seorang bekas komander warga Ukraine.

Pendakwaraya Belanda, Fred Westerbeke pada sidang media semalam berkata, siasatan juga mendapati Rusia menyediakan pelancar peluru berpandu dan peluru berpandu BUK Telar, yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu.

Pada sidang media yang sama, wakil Malaysia, Peguamcara Negara III, Mohd Hanafiah Zakaria menerima dapatan JIT itu kerana ia berdasarkan penyiasatan yang meluas dan penyelidikan undang-undang.

Pesawat Malaysian Airlines itu meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh.

Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya adakah Malaysia perlu bimbang mengenai penjualan minyak sawit ke Rusia, Dr. Mahathir berkata itu satu perkara berbeza.

Jelasnya, beliau tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Rusia tidak mahu bekerjasama dengan Malaysia.

“Kami adalah sebuah negara kecil. Kami mahu berperang dengan Rusia dan Amerika Syarikat tetapi kami tidak mempunyai pasukan yang cukup untuk melakukannya,” katanya.

Tags: Mahathir MohamadMalaysia AirlinesMH17pesawat ditembakRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd