• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latheefa Tidak Lagi Anggota PKR – Saifuddin

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ibu Pejabat PKR sudah menerima surat pengunduran Latheefa Beebi Koya sebagai ahli parti itu, Isnin lalu, susulan pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, surat tersebut melalui e-mel ditujukan kepada presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berhubung statusnya sekarang ketika saya memberi kenyataan ini, kami menganggap beliau bukan anggota parti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Kompleks di Seri Perdana, di sini hari ini.

“Oleh kerana Anwar baru kembali dari Arab Saudi selepas menunaikan Umrah, beliau tidak membaca e-mel tersebut,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pelantikan Latheefa dibuat mengikut saluran yang memenuhi keperluan perlembagaan.

“Beliau juga melepaskan keanggotaannya dalam PKR. Jadi pada saya beliau telah memenuhi syarat-syarat utama yang diperlukan,” katanya yang juga Menteri Luar.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, memaklumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Latheefa menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Tags: Latheefa KoyaPKRSaifuddin Nasution IsmailSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd