Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lindsay Terkejut Diarah Buka...

BARU sahaja berjinak-jinak mempelajari ilmu agama Islam, pelakon Lindsay Lohan diduga apabila dia mendedahkan...

Skuad Hoki Negara Mahu...

KUALA LUMPUR - Pasukan hoki lelaki dan wanita negara berazam mahu mengekalkan rekod...

Netanyahu Isytihar Bukit Golan...

GAMLA, BUKIT GOLAN - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengisytiharkan bahawa Israel...

Model Diancam Kerana Berjaya...

GEMUK salah, kurus pun salah. Itu dilema yang dialami oleh model bersaiz besar,...

KWP Terus Cuba Manipulasi Isu Taman Rimba Kiara

KUALA LUMPUR – Kontrovesi projek pembangunan Taman Rimba Kiara terus membara apabila seorang timbalan menteri menyelar apa yang disifatkannya sebagai cubaan terdesak pegawai dan media Kementerian Wilayah Persekutuan meraih sokongan awam untuk meneruskan projek itu pada skala lebih kecil.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata sungguhpun Menteri Khalid Samad memberi jaminan isu itu akan diputuskan oleh Kabinet, namun pegawai khas kementerian dan media ‘khas’ dipergunakan untuk memanipulasi isu berkenaan.

“Menteri WP sudah berkata isu ini akan dibawa ke Kabinet tetapi hampir setiap minggu ada saja video atau kenyataan baru yang cuba menyakinkan orang awam bahawa perlaksanaan projek ini pada skala lebih kecil adalah baik untuk warga Kuala Lumpur,” Yeoh berkata dalam laman Facebooknya.

“Cubaan ini adalah sebab utama isu konflik kepentingan dibangkitkan. Apakah keperluan untuk pegawai khas dan akhbar khas beriya-iya membela sebuah projek Yayasan Wilayah Persekutuan di mana pengerusinya adalah juga menteri WP sendiri?” kata Hannah.

“Adakah pemaju lain di Kuala Lumpur diberikan komitmen dan kemudahan sebegini untuk membuktikan kewajaran projek mereka,” tambah beliau.

Hannah kesal kerana pihak-pihak berkenaan yang sebelum ini menuduhnya meminggirkan kepentingan golongan miskin, kini mensasarkan Persatuan Penduduk Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

“Janganlah ganggu penduduk. Mereka tidak akan meraih keuntungan walau seringgit pun dalam hasrat mereka mengekalkan Taman Rimba Kiara, berbeza dengan Yayasan Wilayah Persekutuan yang meletakkan harga RM160 milion di sebalik semua usaha ‘promosi’ yang dijalankan bersabit projek ini,” kata Hannah, yang juga ahli Parlimen Segambut.


Projek pembangunan itu mencetuskan kontroversi apabila pada DBKL mengeluarkan perintah pembangunan bagi projek mega pada April 2017 di atas lot seluas 4.8 hektar daripada 10.1 hektar Taman Rimba Kiara.

Ia melibatkan pembinaan 1 blok 350 unit rumah mampu milik untuk komuniti rumah panjang Bukit Kiara dan 8 blok kondominium mewah 50 tingkat.

Selepas mengambil kira bantahan penduduk setempat, Khalid mahu projek pembangunan itu diteruskan namun tapak pembangunan dikurangkan kepada 3.2 hektar selepas mengambil kira bantahan daripada penduduk setempat.

Projek itu yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ialah usaha sama antara Yayasan Wilayah Persekutuan bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Memang Perkasa Sdn Bhd, anak syarikat Malton Bhd. – FMT

Kategori