Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ketiadaan Tian Chua Tidak...

TELUK INTAN - Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menolak...

Undang-Undang Islam Mesti Selari...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menasihati pihak yang terlibat dalam...

Sekolah Vernakular Tidak Bercanggah...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah...

Pekerja Rencam Dan Warga...

LABUAN - Pekerja rencam Rosli Awang dan warga emas Hassan Lazak, yang tinggal...

Klasifikasi Semula Kes Teoh Beng Hock Arahan Tommy

KUALA LUMPUR – Pengklasifikasian siasatan semula polis berhubung kes kematian Teoh Beng Hock adalah keputusan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan berkenaan akan dilakukan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi penahanan secara salah seperti yang diarahkan oleh peguam negara.

“Saya tidak perlu komen lebih daripada keputusan pendakwa raya.

“Kita hanya jalankan siasatan mengikut apa yang ditetapkan oleh pendakwa raya dan lebih elok soalan mengenai pengklasifikadian ini ditanya kepada mereka. Saya tidak boleh komen lebih mengenai perkara itu,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).

Semalam, Kumpulan yang menuntut keadilan bagi kematian Teoh Beng Hock menggesa penjelasan peguam negara berhubung pengklasifikasian semula siasatan polis berhubung kes berkenaan.


Pengerusi Teoh Beng Hock Trust For Democracy, Ng Geok Chee memaklumkan pengklasifikasian semula itu bercanggah dengan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 yang memutuskan bahawa seorang atau lebih individu termasuk pegawai SPRM menyebabkan kematian Teoh.

Ng mendedahkan lagi, mereka mendapat tahu mengenai pengklasifikasian siasatan itu selepas polis memanggil adik Beng Hock, Lee Lan minggu lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 342.

Kategori