• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanada Enggan Ambil Balik Sampah Plastik Dari Malaysia

oleh
14/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TORONTO – Kanada menegaskan ia tidak merancang untuk mengambil balik sisa sampah plastik dari Malaysia meskipun Kuala Lumpur memberi amaran bahawa bahan buangan itu akan dihantar balik secepat mungkin.

Jurucakap kerajaan Kanada berkata, pihaknya tidak tahu menahu kewujudan sisa sampah plastik negara itu di Malaysia dan akan menghubungi Putrajaya untuk mendapatkan maklumat lanjut

Bulan lalu, kerajaan Malaysia memberi amaran bahawa sebanyak 60 kontena sisa sampah yang dibawa masuk ke negara ini secara haram akan dihantar semula ke negara asal.

Menurut Putrajaya, 10 daripada kontena itu mengandungi sisa sampah plastik seberat 450 tan metrik dibawa masuk dari Kanada, China, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Arab Saudi, Bangladesh, United Kingdom dan Jepun.

Jurucakap Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada Gabrielle Lamontagne berkata, “kerajaan Kanada tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk mengutip sampah di Malaysia.”

Isu negara maju menggunakan Asia Tenggara untuk pembuangan sisa sampah, khususnya bahan plastik, kini menimbulkan ketegangan diplomatik antara pihak berkenaan.

Baru-baru ini Filipina memanggil balik pegawai kedutaannya di Kanada setelah negara itu enggan mengambil balik sisa sampahnya mengikut jadual yang ditetapkan. – Reuters

Tags: Kanadasampah plastiksisa sampah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

21/10/2025
0

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dengan nada tegas mengumumkan bahawa negaranya akan menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu...

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

12/07/2024
1

MONTREAL : Kanada menetapkan zon perlindungan marin terbesar di negara itu di luar pantai Vancouver, ke arah melindungi satu pertiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd