• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Dipersoal Pertikai Kepemimpinan PH Kedah

oleh AK-47
03/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Kedah, Datuk Johari Abdul dipersoal kerana mempertikaikan kredibiliti kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Johari seolah-olah memandang rendah terhadap kebolehan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau malah memberitahu, kenyataan Johari juga hanya merosakkan reputasi kerajaan PH di Kedah.

“Kenapa Johari buat kenyataan yang boleh merosakkan reputasi kerajaan PH negeri kedah? Beliau sudah lama jadi Ahli Parlimen Sungai Petani dan kenyataan seperti ini tidak harus dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin senior PH di Kedah.

“Apa yang cuba dinyatakan atau diketengahkan oleh Johari ini? Kenyataan begini boleh mengguris perasaan sesama kawan!” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Johari semalam bahawa semua permasalahan di Kedah akan berubah sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

Johari berkata, beliau yakin masalah di Kedah akan dapat diselesaikan dalam tempoh empat atau lima bulan akan datang.

Kata Johari lagi, penyelesaian akan dapat diatasi apabila Perdana Menteri ketika ini Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan itu dalam tempoh terdekat berdasarkan PH.

Sementara itu, Khairuddin turut mempertikaikan siri jelajah untuk mendapatkan input permasalahan rakyat di Kedah yang sedang dirancang Johari.

Katanya, perancangan itu juga seolah-olah menggambarkan Johari juga tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

“Tidak perlu buang masa untuk menjelajah seluruh negeri kedah lagi tetapi terus bekerja tanpa banyak bercakap. Setiap fakta permasalahan rakyat di Kedah sepatutnya sudah direkodkan dalam ‘kepala otak’ Johari kerana beliau bukan pemimpin baharu di kedah.

“Kenyataan-kenyataan yang seperti ini tidak harus dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin senior PH. Majlis presiden PH harus menegur mana-mana pemimpin yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengganggu-gugat perpaduan sesama kita seterusnya merosakkan imej PH,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Johari AbdulKhairuddin Abu HassanMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Darurat: Mahkamah Batalkan Rayuan Khairudin

07/04/2022
0

PUTRAJAYA : Bekas Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini gagal untuk mengembalikan saman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd