• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Adib: Peguam Bebas Perlu Wakili KPKT, JPBM

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan perlu melantik seorang peguam bebas dan bukan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam pendengaran inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Zainal Wagimin berkata ini kerana tindakan AGC menamatkan perkhidmatan Syazlin Mansor yang mewakili KPKT dan JPBM dilihat mencampuri perjalanan prosiding inkues.

“Sebagai pesara bomba kami berasa amat sedih dan terkilan dengan tindakan berkenaan, dia (Syazlin) telah menjalankan tugas dengan baik.

“Pada hemat kami juga bomba tidak seharusnya diwakili peguam dari AGC kerana bomba seharusnya berdiri teguh bagi membela kematian anggotanya, Adib mati ketika menjalankan tugas dan kematiannya harus dibela oleh bomba dan pesalah harus dihukum,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Zainal, pihak bomba perlu terus perjuangkan keterangan Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof. Dr. Shahrom Abd Wahid yang mengesahkan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan oleh perusuh.

“JBPM perlu bersatu hati menentang teori kononnya Adib dilanggar, maka amat tidak kena dan salah jika sekarang JBPM ingin menukar pendirian dan arah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Koroner pada Rabu lepas diberitahu mengenai pelantikan empat peguam baharu bagi mewakili KPKT dan JPBM dalam pendengaran inkues berkenaan.

Mereka adalah tiga Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan; Mazlifah Ayob; dan Fadzilatul Isma Ahmad Refngah dan Peguam Persekutuan Afiq Zainal Abidin.Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara.

Tags: Inkues AdibJBPMKPKT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Akan Bentang RUU Dana Politik Asing

Next Post

Kementerian Luar Terima Nota Mohon Ekstradisi Zakir Naik

Related Posts

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

Next Post

Kementerian Luar Terima Nota Mohon Ekstradisi Zakir Naik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd