• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ingatkan Polis Yang Datang, Rupanya Agong” – Mangsa

oleh
26/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – “Mulanya saya ingatkan polis yang datang, rupa-rupanya Agong,” kata Jasliza Jamil, mangsa kemalangan yang tular apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli membantu beliau ketika kemalangan di Putrajaya hari ini.

Pegawai Penerangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) itu terlibat dalam kemalangan di kawasan susur Persiaran Barat Lebuh Sentosa di sini pagi ini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Presint 2.

Menurut Jasliza, kira-kira 10 minit selepas terbabit dengan kemalangan, beliau ternampak kenderaan polis menghampiri kawasan kemalangan namun tidak menyangka ia merupakan kenderaan yang mengiringi Yang di-Pertuan Agong.

“Masa itu saya masih trauma dan masih duduk di dalam kereta. Kawan-kawan sepejabat juga sudah sampai ketika itu.

“Saya ingat polis datang, tetapi bila saya nampak ada payung kuning dengan beberapa lelaki memakai songkok hitam dengan lilitan putih, barulah saya tahu siapa yang datang,” katanya ketika dihubungi.

Jasliza, 38, berkata Seri Paduka meluangkan masa kira-kira lima minit bertanyakan keadaannya dan menawarkan diri untuk membawa beliau ke hospital jika mengalami kecederaan.

Ketika dihubungi kira-kira 1 tengah hari, Jasliza berkata beliau baharu sahaja selesai membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di klinik.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pegawai istana ada juga menghubungi saya untuk bertanya jika ada lagi bantuan yang diperlukan.

“Kiranya tidak habis di tempat kejadian, pihak istana ada lagi follow up (susulan) selepas itu,” katanya.

Gambar-gambar Seri Paduka memberi bantuan kepada Jasliza yang memandu kenderaan Perodua Alza merah itu tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram Istana Negara.

Menurut catatan hantaran itu, Al-Sultan Abdullah turun dari kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan sebelum meneruskan perjalanan ke mesyuarat pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hasan mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi dalam keadaan cuaca hujan renyai.

Menurutnya, kenderaan dipandu Jasliza, yang sedang dalam perjalanan dari Gombak ke pejabatnya di sini, hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum menaiki pembahagi jalan sebelah kanan.

Konvoi Seri Paduka yang kebetulan melalui lokasi kemalangan berhenti untuk melihat keadaan Jasliza, katanya.

 

View this post on Instagram

 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan turun dari kenderaan rasmi Baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Putrajaya. Alhamdulillah pemandu kereta terbabit, Puan Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius. Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku. . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong this morning extended a helping hand to a traffic accident victim in Putrajaya. His Majesty was on his journey to Istana Melawati, Putrajaya for a pre-cabinet meeting with YAB Prime Minister when the motorcade stumbled upon the accident. Fortunately, the driver Puan Jasliza Jamil suffered only minor injuries.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on Jun 25, 2019 at 5:22pm PDT

Tags: Al-Sultan AbdullahkemalanganYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Hantar Anak Ke Spa Kalau Nak Dimanja” – Azhan Rani

Next Post

Abd Rahim Ketuai Pasukan Petugas Khas Kes Amri, Raymond

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

25/05/2025
0

BATU PAHAT: "Ketika itu saya sedang berbual dengan Mak Su di telefon… tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum disusuli suara mengerang...

Next Post

Abd Rahim Ketuai Pasukan Petugas Khas Kes Amri, Raymond

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd