Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Mahadzir Lokman Meninggal Dunia...

BEKAS pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia pada awal pagi Jumaat. Beliau yang...

Warga Emas Australia Maut...

LANGKAWI - Seorang warga Australia maut dilanggar kereta di Kuah di sini lewat...

Zuraida Ditahan Berhubung Himpunan...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ditahan dipercayai berhubung perhimpunan haram...

GPMS Perlu Perkasa Peranan...

SUNGAI PETANI - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) perlu memperkasa peranan mereka dalam...

Duit Palsu RM100, Peniaga Kampung Ditipu

KEMAMAN – Peniaga di Kampung Kijal dan Kemasek, Kemaman, mendakwa diperdaya wanita dan pasanganya dengan menggunakan wang palsu bernilai RM100.

Taktik yang digunakan adalah dengan melipat wang berkenaan ketika membuat bayaran bagi mengelak dikesan.

Seorang peniaga dari Kampung Meraga Beris, Kijal, Nurhaslida Mohamad, 36 tahun, berkata, wanita yang berusia dalam lingkungan 20an dan pasangannya yang berusia dalam lingkungan 50an datang ke kedainya kira-kira jam lima petang, Ahad lalu untuk membeli keropok keping bernilai RM15.

“Dia beri duit tersebut dalam keadaan terlipat, saya pun tidak perasan yang duit itu adalah palsu.

“Saya pun terus bagi kepadanya duit baki RM85 dan mereka terus beredar,” jelasnya.

Sementara itu, seorang peniaga ayam goreng di Kampung Kemasek, Muhamad Iskandar Alias, 25 tahun berkata, dia cuba mengejar kereta jenis Toyota Altis yang dinaiki suspek selepas menyedari duit yang diterima adalah palsu.

“Saya tengok balik duit yang diberi itu dan perasan warnanya lain. Saya terus mensyaki yang saya telah ditipu dan diberikan duit palsu.


“Saya terus kejar kereta suspek namun tidak sempat,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek menyasarkan kedai di kawasan kampung dan kereta yang dinaiki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 489 Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu. – Astro AWANI

Kategori