• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Desakan Letak Jawatan Isu Moral

oleh AK-47
25/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Mahathir yang sekarang bukan Mahathir yang dulu….

Pemerhati Politik, Azizi Safar berkata, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak ada keperluan untuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan kerana skandal video seks palsu ‘bukan cara Malaysia’ amat berbeza dengan cara ketika beliau menjadi Perdana Menteri ke empat.

Jelas beliau, isu seks melibatkan pemimpin negara bukan pertama kali terjadi malah ketika Tun menjadi Perdana Menteri dahulu turut ada isu seks yang melibatkan pemimpin seperti kes yang melibatkan Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Rahim Thamby Chik pernah dituduh oleh DAP terlibat dalam skandal seks dengan budak bawah umur semasa jadi Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Dia letak jawatan Ketua Menteri Melaka setelah diminta berbuat demikian oleh Anwar Ibrahim yang semasa itu jadi Timbalan Perdana Menteri. Dia juga ‘bercuti dari jawatan’ Ketua Pemuda UMNO Malaysia setelah didesak untuk berbuat demikian oleh pimpinan kanan Pemuda UMNO Malaysia yang pro-Anwar.

“Anwar Ibrahim pula semasa jadi Timbalan Perdana Menteri telah dipecat dari jawatan itu oleh Tun sendiri setelah didakwa melakukan seks songsang dan terlibat dengan salah guna kuasa. Malah dia juga dipecat daripada UMNO. Tiada video intim ditularkan untuk menyokong dakwaan terhadap Anwar semasa itu. Kedua-dua peristiwa ini berlaku semasa tun jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO,” ujar beliau kepada UMNO-Online

Tambah Azizi, tindakan dan kenyataan Tun kini ternyata amat berbeza apabila ia melibatkan Azmin walaupun terdapat video dan pengakuan oleh individu yang mengaku menjadi pasangan bersemburit.

“Jadi, kenyataan Tun kononnya meletakkan jawatan kerana dituduh terlibat dengan skandal seks bukan cara Malaysia berbunyi amat pelik. Kenapa nadanya berbeza kini?” soal beliau.

Tun berkata demikian ketika ditanya media mengenai tulisan Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Kadir Jasin yang secara tersirat mengatakan menteri yang terbabit dalam skandal seks perlu meletak jawatan. – MediaUMNO

Tags: Haziq AzizMahathir MohamadMohamed Azmin Aliskandal seks
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pedulikan Sindiran Mahathir, Perkukuh Kerjasama UMNO-PAS

Next Post

Nur Sajat Dakwa Produk Let’s Bengkung Diciplak

Related Posts

Exco Melaka Didakwa Terbabit Skandal Seks Perlu Buat Laporan Polis

Exco Melaka Didakwa Terbabit Skandal Seks Perlu Buat Laporan Polis

26/04/2023
0

MELAKA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita perlu segera membuat...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Next Post

Nur Sajat Dakwa Produk Let's Bengkung Diciplak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd