• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bon Panda Antara Agenda Lawatan Guan Eng Ke China

oleh
18/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng dijadual melawat China buat kali pertama sejak Pakatan Harapan (PH) berkuasa lebih setahun lalu.

Sumber kerajaan berkata, lawatan tersebut akan diadakan pada minggu pertama bulan Julai.

“Bon Panda” yang ditawarkan oleh kerajaan China untuk membantu pembayaran balik hutang negara dijangka menjadi sebahagian daripada perbincangan dua hala.

“Ia adalah lawatan rasmi. Bon Panda akan menjadi salah satu daripada banyak isu yang akan dibincangkan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan isu-isu lain dalam agenda lawatan berkenaan.

Pada Februari lalu Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian mendedahkan cadangan mengeluarkan bon Panda untuk Malaysia bagi membantu kewangan negara.

Tiga bulan kemudian, Guan Eng berkata Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai tawaran itu.

Walaupun China memasuki pelaburan utama di Malaysia, seperti Projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang berada di bawah Kementerian Kewangan, Guan Eng bukan pemimpin utama dalam merundingkan semula projek-projek dengan China.

Sebaliknya, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad melantik bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mengetuai pasukan rundingan semula.

Guan Eng menyokong langkah Mahathir dengan menggambarkan Daim sebagai “perunding terbaik”. – Malaysiakini

Tags: Bon PandaChinahutang negaraLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd