• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Sumbangan Senyap-Senyap, Najib Dipuji Netizen

oleh
03/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pujian warganet apabila menyampaikan sumbangan secara ‘senyap-senyap’ kepada seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU).

Ketika mengunjungi satu kawasan umum dipercayai pusat beli-belah, Ahli Parlimen Pekan yang itu dikerumuni orang ramai sempat menyeluk saku dan kemudiannya menyampaikan wang di tangan lelaki OKU berkenaan.

Tindak tanduk Najib itu disedari seorang pengguna laman sosial yang merakam video beliau semasa di lokasi perkara itu berlaku.

Menerusi Facebook, Aznil Hisham yang memuat naik video berkenaan menulis di postingnya “Cuba perhati baik-baik. Dalam senyap, sempat gak dia seluk saku. Kononnya dengan harapan takde siapa nampak la.

“Ye la, nak buat baik ni di mana-mana sahaja pun boleh. Tak semestinya dalam sampaikan zakat dalam masjid atau iftar dalam kuil saja. Banyak cara nak buat kebaikan. Betul tak?” tulisnya.

Status tersebut kemudiannya mendapat banyak komen daripada netizen dengan ada yang kagum dengan kemuliaan hati Najib itu.

Sharha Yus memberikan komen; “Ya la..nampak…Sebelum ni tak perasan pun..Hebatnya DSN,” katanya.

Seorang lagi, Shah Nani pula memberikan komen; “Ya Allah..Kalau benar ini sifat ikhlas yang ada pada Dato Seri Najib..Engkau ampuni dia..Masukkan aku dan dia dalam golongan orang yang soleh..Ya Allah engkau maha melihat lagi maha mengetahui..Aamin Ya Allah,” tulisnya.

Lebih 900 netizen menyukai video yang tular itu dengan mendapat lebih 400 perkongsian. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakOKUorang kurang upayasumbangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Dakwa Guan Eng Tipu Keadaan Sebenar Hutang Negara

Next Post

Rejim Zionis, Pelampau Yahudi Biadab!

Related Posts

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

Rejim Zionis, Pelampau Yahudi Biadab!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd