• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Panggilan Daripada Penculik

oleh
19/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa atau mana-mana pihak belum menerima sebarang panggilan daripada kumpulan bersenjata yang dilapor menculik 10 nelayan Bajau Laut di perairan Felda Sahabat Lahad Datu, awal pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata sehingga hari ini, polis belum menerima laporan atau dimaklumkan mengenai panggilan daripada kumpulan penculik sama ada oleh pemilik bot yang terlibat atau keluarga mangsa.

“Belum ada lagi (menerima sebarang panggilan daripada kumpulan penculik),” katanya ketika dihubungi mengenai perkembangan terkini kes itu, hari ini.

Mengenai enam nelayan yang terselamat dalam kejadian itu, Omar berkata polis telah mengambil kenyataan mereka semalam di Balai Polis Cenderawasih, Felda Sahabat Lahad Datu bagi membantu siasatan.

Kesemua nelayan yang terselamat itu masih berada di Cenderawasih dan dua bot nelayan yang terlibat dalam kejadian itu juga masih berlabuh di kawasan perairan Felda Sahabat di bawah pengawasan polis.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, 10 nelayan berkenaan dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dari dua bot nelayan di perairan Lahad Datu ketika dalam perjalanan menuju ke Semporna.

Mereka dipercayai dilarikan ke Pulai Sitangkai di Selatan Filipina, kira-kira 15 minit perjalanan dari perairan Tambisan, Lahad Datu.

Kesemua mangsa berumur 17 hingga 60 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan hanya memiliki Dokumen Lepa-Lepa yang dikeluarkan kepada pelaut nomad sebagai pengenalan diri nelayan berkenaan.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor ketika ditanya mengenai kejadian itu, berkata Bukit Aman menunggu perkembangan terkini berhubung kes itu daripada Pesuruhjaya Polis Sabah.

“Siasatan masih berjalan dan kami masih menunggu perkembangan terkini,” katanya.

Tags: abu sayyafNelayanpenculikanSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Pengganti Lee Chong Wei?

Next Post

Zuraida Akan Desak PKR Pecat Haziq

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Zuraida Akan Desak PKR Pecat Haziq

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd