• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Keputusan Isu Pindaan Perlembagaan UMNO

oleh
21/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO belum memutuskan sebarang perkara khusus berkenaan cadangan pindaan perlembagaan parti yang dijangka dibuat pada perhimpunan agung khas akhir November ini, kata Setiausaha Agung, Annuar Musa.

Annuar menegaskan sebarang kenyataan yang merujuk kepada pandangan spesifik adalah bersifat spekulatif dan pra-matang (premature) serta tidak menggambarkan perkara sebenar.

“Ini bertujuan memperkemaskan lagi UMNO sesuai dengan tuntutan semasa.

“Bagaimanapun proses ini masih di peringkat awal, iaitu mengutip pandangan dan syor akar umbi dan sayap-sayap parti oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh salah seorang Naib Presiden UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, syor-syor tersebut terlebih dahulu akan dibincangkan dan diteliti oleh MKT, dijangka penghujung bulan ini.

“Ketika ini, MKT belum memutuskan sebarang perkara spesifik berhubung pindaan ini.

“Sebarang cadangan MKT akan dibawa untuk ditaklimatkan kepada akar umbi sebelum ia dibentangkan di Perhimpunan Agung Khas nanti,” katanya.

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa UMNO akan meminda fasal 9.9 untuk mengetepikan pemimpin tertentu.

Jika cadangan berkenaan diterima, ia boleh membawa kepada pemecatan jawatan beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan itu pada Mei lalu, Annuar menjelaskan tiada kata putus mengenai cadangan agar Perlembagaan UMNO dipinda bagi pemimpin yang didakwa di mahkamah

Biarpun Annuar mengesahkan ada menerima cadangan pindaan perlembagaan parti itu, namun masih tiada kata putus dibuat kerana perkara itu masih di peringkat pengesyoran. – Sinar Harian

Tags: Annuar MusaPerlembagaanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd