• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alvin Chow Mengaku Hina Agama

oleh
18/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lelaki yang mencetuskan kontroversi kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan melakukan provokasi berbaur perkauman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari atas lapan pertuduhan yang dilakukan pada Februari dan Mac lalu.

Penjaja makanan, Alvin Chow atau Chow Mun Fai, 43, yang sebelum ini mengaku tidak salah atas pertuduhan sama menukar pengakuannya itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.

Hakim bagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh hari ini bagi memberi peluang kepada pembelaan untuk membalas hujah pemberatan. Mahkamah menetapkan 3 Julai ini sebagai tarikh untuk mendengar hujahan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mun Fai didakwa menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘Alvin@Alvin15358333’, membuat kenyataan yang mungkin mengapikan kaum Melayu dengan bukan Melayu, kira-kira pukul 8.07 pagi, 13 Februari lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mun Fai juga didakwa atas tiga pertuduhan memuat naik hantaran yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam di laman media sosial yang sama pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lepas.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika disabitkan kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa atas empat pertuduhan menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi, tarikh dan waktu yang sama.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md. Kamal dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Tags: hina nabiislamNabi Muhammad SAW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd