Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aliff Aziz sekali lagi membikin gempar apabila beberapa keping gambarnya bertatu telah tersebar dalam laman sosial semalam.

Dalam gambar yang tersebar dalam Facebook dan Twitter itu, Aliff, 32, dilihat melukis tatu dengan nama Bella pada bahagian dadanya.

Bukan itu sahaja, Aliff juga mempunyai tatu penuh pada bahagian belakang badannya. Selain itu, satu rakaman video Aliff sedang berbual di telefon juga telah tersebar.

Rata-rata netizen terkejut dengan perubahan drastik yang berlaku dalam kehidupan penyanyi yang berasal dari Singapura itu selepas bercerai dengan isterinya, Bella Astillah pada 16 Mei lalu.

Disebabkan gambar tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang itu teruk dikecam netizen.

Bagaimanapun seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Leaheena_artist mendakwa Aliff bukan membuat tatu kekal sebaliknya menggunakan inai.

Katanya yang juga seorang pelukis inai popular dalam kalangan selebriti, gambar yang tersebar itu merupakan gambar lama yang dirakam sebelum Aliff dan Bella berkahwin lagi.


“Ini adalah black henna (inai hitam), abang sis lukiskan untuk Aliff Aziz masa dia datang lepak rumah sis. Bukan tatu betul. Ini gambar dah lama sebelum Bella dan Aliff Aziz kahwin.

“Bella masa ini di China. Tidak tahulah kak Lea, kalau kau ada buat tatu baru dik. Tapi cuma nak jelaskan yang ini sebab kenal sangat gambar ini. Itu karpet dan kaki abang aku,” tulis Leaheena_artist dalam Instagramnya sebentar tadi.

Terdahulu Aliff membikin kontroversi selepas kisah kecurangannya didedahkan bekas isterinya kepada umum dan dia juga didakwa mencuri wang seorang pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri baru-baru ini. – K! ONLINE

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...