• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Beratur Beli KFC…

oleh
21/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencuri tumpuan pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Temerloh, apabila memasuki premis itu sebelum dilihat beratur memesan makanan di kaunter.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) istana_negara, Al-Sultan Abdullah kelihatan bersama beberapa pegawai pengiring serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak sedang memesan hidangan Ayam Goreng Kentucky.

Menurut keterangan gambar di IG, Baginda menikmati santapan tengah hari itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.

Difahamkan, Tuanku yang lengkap berbaju Melayu serta bersongket kuning kelihatan memilih menu ayam goreng bersama kentang goreng sebelum bersantap di dalam restoran berkenaan.

Tindakan spontan baginda turut menarik perhatian pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan yang pastinya teruja melihat Al-Sultan Abdullah mengenepikan sedikit protokol pada diri Baginda untuk beratur membeli hidangan di restoran makanan segera itu.

Rata-rata pengguna IG meninggalkan komen di ruangan gambar dengan memuji apa yang dilakukan Baginda serta menyifatkan Al-Sultan Abdullah sebagai sultan berjiwa rakyat.

Terdahulu, baginda bersama isteri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat mangsa ribut di Kampung Haji Ali, di Temerloh.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada 74 keluarga yang terjejas dalam kejadian itu. – myMetro Online

 

View this post on Instagram

 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini menikmati santapan tengah hari KFC di bandar Temerloh selepas selesai menunaikan Solat Jumaat. Daulat Tuanku . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong enjoying lunch at KFC after Friday prayers. Daulat Tuanku

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on Jun 20, 2019 at 11:50pm PDT

Tags: Al-Sultan AbdullahKFCYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kepada Raja Permaisuri Agong, Raja...

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd