Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

GiatMara Latih Tenaga Kerja...

KUALA LUMPUR - GiatMara diberi peranan untuk melatih dan menyediakan tenaga kerja pakar...

Juadah Eksotik Tingkat Aktiviti...

KUANTAN - Keghairahan menyediakan juadah eksotik atau luar daripada kebiasaan sempena Aidilfitri minggu...

Peniaga Ditahan Kes Bunuh...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun bagi membantu siasatan kes...

Hidangan Kambing Golek Dan...

PARIT BUNTAR - Hidangan kambing golek dan kambing bakar kini semakin popular pada...

8 Bayi Baru Lahir Maut Akibat Penyaman Udara Rosak

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya lapan bayi baharu lahir meninggal dunia di sebuah hospital awam di daerah Sahiwal di wilayah Punjab timur Pakistan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Kesemua bayi malang itu didakwa maut kerana kegagalan sistem penyaman udara, di tengah-tengah suhu panas sedang melanda wilayah berkenaan,lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan dan pegawai pada Ahad malam.

Timbalan Pesuruhjaya Sahiwal, Zaman Wattoo dalam surat yang dikirim kepada Jabatan Pendidikan Kesihatan dan Perubatan Khas Punjab berkata, kematian bayi itu dipercayai disebabkan kegagalan sistem penyaman udara.

Pegawai terbabit berkata beliau menerima panggilan kecemasan pada lewat Sabtu malam dari seorang kakitangan hospital yang memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Katanya, kemungkinan terdapat beberapa lagi kematian disebabkan masalah sama.

Kategori