• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Jakel Dibayar Untuk Bekal Peralatan Kepada Masjid

oleh
22/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejumlah wang yang dibayar kepada syarikat peruncit tekstil, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) adalah bertujuan untuk membekalkan peralatan seperti kain pelikat, jubah dan bekalan lain kepada lebih 7,000 masjid di seluruh negara.

Beliau berkata, bayaran itu dibuat untuk membekalkan barangan berkenaan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UMNO untuk diagihkan sempena bulan Ramadan dalam tempoh beberapa tahun berturut-turut.

“Selama ini, media barat dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah tuduh bahawa syarikat Jakel adalah gedung pakaian mewah dan mereka juga memfitnah bahawa saya dan isteri telah belanja sebanyak RM55 juta untuk membeli pakaian dan kain mewah serta mahal dari syarikat ini.

“Tetapi kebenarannya ialah ini adalah bayaran kepada Jakel untuk membekal kain pelikat, Jubah serta bekalan lain melalui NGO dan parti kepada lebih 7,000 masjid di seluruh negara sempena Ramadan untuk beberapa tahun berturut-turut,” katanya dalam ciapan di laman akaun Facebook miliknya hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memfailkan permohonan perlucutan sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan kembali RM270 juta wang yang dikatakan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipindahkan ke akaun bank Najib dan kemudian ke penerima berkenaan, termasuk Jakel.

Dalam pada itu, Najib berkata, dakwaan SPRM yang mengaitkan Jakel sebagai pihak yang menerima dana haram disifatkan sebagai ‘janggal’ kerana syarikat tersebut hanya membekal barang keperluan kepada UMNO dan NGO bagi program kebajikan.

“Dana tidak disumbang kepada Jakel tetapi ianya adalah bayaran kepada mereka untuk pembelian.

“Saya memilih untuk menggunakannya bagi projek kebajikan rakyat secara terus, melalui NGO dan melalui parti politik yang menganjurkan program-program kebajikan mereka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau juga berpendapat bahawa langkah SPRM yang bertindak memfailkan permohonan tersebut adalah bermotifkan politik untuk melemahkan pembangkang.

“Setelah disiasat selama satu tahun, SPRM tidak dapat mendakwa sebarang penerima dengan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan PH terpaksa menggunakan saman sivil,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: 1MDBjakelmasjidNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd