• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

189 Kematian Dalam Tempoh 11 Hari Op Selamat

oleh
09/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari ke-11 Op Selamat 15 bersempena musim perayaan Aidilfitri merekodkan penambahan 13 kematian akibat kemalangan jalan raya, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 189 kes sehingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, jumlah kemalangan turut meningkat kepada 18,053 kes, berbanding hari sebelumnya sebanyak 16,470 kes.

“Setakat semalam, Selangor merekodkan jumlah kematian terbanyak melibatkan lima kematian diikuti Johor dengan tiga kematian, sementara Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Kelantan serta Sarawak masing-masing mencatat satu kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, Selangor masih menyumbang kepada jumlah kemalangan tertinggi dengan 4,715 kes, diikuti Johor (2,781), Kuala Lumpur (2,140) dan Perak 1,517 kes.

“Pihak polis mengadakan sebanyak 3,226 operasi sementara 241,144 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata jumlah kes pecah rumah dan premis juga meningkat kepada 501 kes, dengan penambahan 60 kes setakat semalam.

“Pihak polis merekodkan pertambahan kes pecah rumah dan premis antaranya di Selangor dengan 121 kes sementara Sabah (51), Perak (45) dan Sarawak (44),” katanya.

Op Selamat 15 yang berlangsung dari 29 Mei hingga 12 Jun ini, memberi tumpuan terhadap enam kesalahan utama melibatkan memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Tags: kemalangan mautOp Selamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd