• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

110 Penuntut Kolej Universiti Disyaki Keracunan Makanan

oleh
19/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Seramai 110 penuntut sebuah kolej universiti di Bandar Seri Putra, Kajang dikejarkan ke Hospital Serdang awal pagi ini selepas mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah disyaki akibat keracunan makanan.

Mereka merangkumi 90 penuntut wanita dan 20 lelaki yang sedang menjalani program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah di kolej universiti berkenaan.

Seorang pegawai kolej itu berkata kebanyakan mereka mula mengadu sakit perut dan muntah selepas solat Maghrib semalam dan ekoran itu pihak kolej telah membawa kesemua penuntut ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketika ditemui pemberita di hospital itu, beliau berkata hari ini merupakan hari keempat mereka menjalani program orientasi selama seminggu.

“Bagaimanapun selepas solat Maghrib malam tadi, ramai penuntut mengadu sakit perut dan mula muntah menyebabkan pengurusan kolej mengambil keputusan membawa kesemua mereka ke Hospital Serdang pada kira-kira 8.30 malam,” katanya.

Pegawai kolej itu berkata sebelum solat Maghrib, penuntut berkenaan terlebih dahulu diberi makan malam nasi putih berlauk ayam masak kurma serta sayur di dewan makan pada sekitar 3 petang hingga 7 malam.

Menurutnya lagi, pada kira-kira 1 tengah hari semalam mereka diberi makan tengah hari nasi putih dengan ayam masak kicap dan sayur.

Pegawai kolej itu berkata namun selepas makan malam dan selesai solat Maghrib, kesemua mereka mula mengadu sakit perut dan muntah.

“Sepanjang seminggu orientasi itu berlangsung, pihak kolej mengambil tempahan penyediaan makanan pihak katering dari luar kampus,” katanya.

Ada mangsa mendakwa lauk ayam masak kicap yang sedikit berbau ketika dimakan pada tengah hari semalam menjadi punca mereka mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah.

Mohd Aqil Adnan, 19 tahun, berkata ketika menikmati hidangan tengah hari memang ada beberapa rakannya mengadu ayam masak kicap yang dimakan sedikit berbau dan tidak sedap dimakan.

“Bagaimanapun, saya dan rakan-rakan lain tetap menikmati hidangan berkenaan kerana lapar dan tidak mengesyaki bahawa makanan itu mungkin tercemar,” katanya.

Mohd Aqil berkata selesai solat Maghrib, beberapa rakannya mengadu sakit perut serta mual sebelum dia sendiri merasainya.

“Sepanjang waktu itu setiap seorang daripada kami muntah tanpa henti malah saya sendiri muntah lebih kurang tujuh kali sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Seorang lagi penuntut, Muhammad Iman Marzuki, 19 tahun, berkata mereka terpaksa beratur panjang untuk menggunakan tandas akibat cirit-birit dan sakit perut.

Remaja itu berkata sakit perut dan mual yang dialaminya berkurangan selepas menerima rawatan.

Tags: Keracunan Makanankolej universitipenuntut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman

Next Post

Puak Anwar Berkembang Dalam PPBM Selepas Skandal Seks

Related Posts

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

Next Post

Puak Anwar Berkembang Dalam PPBM Selepas Skandal Seks

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd