• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Lagi Mayat Orang Asli Dibawa Keluar Hari Ini

oleh
14/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Satu lagi mayat orang asli dari suku kaum Bateq Kuala Koh akan dibawa keluar hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mayat Puja Jong, 22, yang sebelum ini dikebumikan secara adat akan dibawa keluar mengikut adat resam penduduk di kawasan itu.

Katanya, Puja antara 13 mangsa yang meninggal dunia akibat penyakit misteri yang melanda suku kaum Bateq di perkampungan berkenaan baru-baru ini.

Puja juga adalah mangsa kedua yang sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru atau pneumonia pada 6 Jun lepas.

Dia sebelum ini telah melalui proses bedah siasat namun dibawa semula ke hospital untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninjau dan mendengar taklimat tertutup di Pusat Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di dewan sama.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.

Mengulas perkembangan hari ketiga Ops Batek hari ini, Hasanuddin berkata, hasil maklumat awal, pasukan pencarian sudah mengenal pasti lokasi empat mayat terakhir.

Hasil maklumat orang asli di kawasan itu, beliau berkata, lokasi dua mayat berada di seberang sebatang sungai, manakala dua lagi lebih jauh di pedalaman hutan.

Hasanuddin berkata, polis juga bersedia melanjutkan tempoh operasi jika terdapat kemungkinan bilangan mayat melebihi 12 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Statistik jumlah pesakit yang dipaparkan di Pusat Media di sini menunjukkan seramai 103 orang asli telah menerima rawatan sehingga semalam membabitkan 56 pesakit luar, 42 ditempatkan di wad biasa dan lima di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gua Musang, Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu. – Sinar Harian

Tags: Kuala kohMayatOrang asli batekpneumonia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Pengangguran Kekal 3.4 Peratus

Next Post

Video Lucah: Hilman Lapor Polis, Nafi Ugut Haziq

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

Video Lucah: Hilman Lapor Polis, Nafi Ugut Haziq

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd