• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Bersedia Hadapi PRU Mengejut

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO perlu mula bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 secara mengejut.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, persediaan tersebut termasuklah berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi yang perlu dibincangkan bersama rakan parti pembangkang iaitu, Pas serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Kita kena selesaikan supaya tidak akan berbangkit sesuatu yang memecahkan kita, kita juga kena ambil kira bukan Melayu yang selama ini menjadi kawan setia kita.

“Saya rasa kena mula sekarang, kalau pilihan raya mengejut macam mana? Ya mungkin, kalau ada perubahan kepemimpinan, ada pilihan raya mengejut,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di pekarangan Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Lembaga Penasihat MPM, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abu Zahar Ujang serta

Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan sebelum itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau berpandangan keadaan ekonomi negara ketika ini tidak berada dalam keadaan baik dan pertumbuhan ekonomi tidak akan seperti yang dijangkakan.

“Dalam keadaan nilai ringgit kita terus menjunam jatuh, ia membawa banyak masalah dan termasuk hutang negara bertambah, itu kerajaan perlu perbaiki ketika ini.

“Selagi itu tidak diperbaiki, masalah ini akan berlaku terus menerus, nak tarik pelabur bukan mudah dalam keadaan nilai ringgit kita. Hanya kemasukan modal bersih dalam negara yang banyak dapat mendorong menyelesaikan masalah ini tapi itu takkan berlaku, hanya tindakan pengubahsuaian oleh kerajaan dapat mengukuhkan nilai ringgit,“ katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: PRU-15Tengku RazaleighUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd