• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO PAS Bentuk Kerjasama Rasmi Selepas Aidilfitri

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO dan PAS akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfitri ini bagi membentuk kerjasama rasmi kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata pembentukan piagam itu kini di peringkat akhir penelitian oleh jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh kedua-dua parti sebelum ini.

“Sekarang taawun (kerjasama), kita kena secara berperingkat-peringkat. Mula-mula kerjasama tak bertulis, kemudian datang tiga empat pilihan raya kecil kita nampak kerjasama ini kian baik. Jadi sekarang pimpinan tertinggi UMNO dan PAS merasakan elok dibuat secara lebih rasmi.

“Dengan adanya kerangka taawun secara bertulis ini ia (kerjasama) akan jadi lebih teratur, bukan hanya di peringkat nasional tetapi juga di peringkat negeri dan bahagian,” katanya kepada pemberita selepas program Pemuda dan Puteri Cakna Asnaf peringkat Parlimen Ketereh di sini, hari ini.

Program berkenaan memberi peluang kepada 122 kanak-kanak miskin memilih sendiri pakaian untuk persediaan Aidilfitri nanti dan turut mendapat kerjasama daripada Pasaraya Mydin, Ekspres Perdana dan Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK).

Annuar berkata berkata draf piagam bersama itu kini sudah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

“Pada peringkat seterusnya kerjasama dengan pihak-pihak lain juga juga akan diperkukuhkan termasuklah melibatkan parti politik lain dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Tags: Annuar MusaPASpiagamUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd