• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO-PAS Bakal Kerajaan Lebih Baik Daripada PH, BN

oleh
04/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerjasama UMNO dan PAS akan membentuk sebuah kerajaan masa depan yang bukan sahaja jauh lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH) tetapi juga semasa pemerintahan 60 tahun Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hal demikian kerana kedua-dua parti itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Kata beliau, BN mempunyai pengalaman memerintah negara manakala Pas pula memiliki kekuatan integriti dan kesatuan.

“Ramai ahli UMNO dan PAS yang was-was tentang kerjasama ini tetapi saya menegaskan bahawa kali ini kerjasama adalah bermula daripada akar umbi.

“Rakyat sendiri yang mahukan agama, bangsa dan negara dipertahankan. Kita bersatu kerana tuntutan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Pentas Perdana Penyatuan Ummah di Ambang Setahun Malaysia Baharu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang di Taman Wira Mergong di sini, malam tadi.

Aysraf Wajdi memberitahu, penyatuan UMNO dan PAS merupakan takdir ditentukan Allah SWT yang berkuasa untuk menyatukan hati-hati manusia.

“Selama ini kita memang tidak pernah terfikir tentang penyatuan ini tetapi ia berlaku, dan akhirnya UMNO dan PAS berkongsi satu pentas yang sama,” katanya lagi.

Asyraf Wajdi hadir ke negeri ini untuk Program Jelajah Muafakat Ummah selama sehari dengan menyertai solat Jumaat di Alor Mengkudu, menghadiri kenduri di Kampung Lubuk Peringgi dan perlawanan bola sepak pilihan antara Pemuda UMNO dan PAS di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR).

Program ini adalah kali keempat Asyraf Wajdi hadir ke negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan Nasionalpakatan harapanPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan denda berjumlah RM50...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd