• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telenor, Axiata Bakal Jadi Gergasi

oleh
07/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan penggabungan operasi Axiata Group Bhd. (Axiata) dan Telenor ASA (Telenor) bakal menjadikannya syarikat telekomunikasi terbesar di rantau ASEAN dan Asia Selatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, penggabungan mega yang akan menghasilkan satu entiti baharu (MergedCo) itu dijangka menghasilkan pendapatan proforma bernilai RM50 bilion dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah RM20 bilion.

Katanya, transaksi yang dicadangkan itu juga bakal menyaksikan pegangan dalam beberapa buah syarikat operasi di sembilan buah negara dengan kira-kira satu bilion penduduk dan 300 juta pelanggan.

“Dengan portfolio yang unik, MergedCo akan menjadi antara kumpulan telekomunikasi terbesar di rantau ini dari segi nilai, pendapatan dan keuntungan.

“MergedCo juga akan memiliki lembaran imbangan kukuh untuk menyokong pertumbuhan dalam segmen pasaran pengguna, kediaman, perusahaan dan internet segalanya (IOT),” katanya pada sesi taklimat kepada pemberita di sini, hari ini.

Axiata dan Telenor hari ini mengumumkan sedang berunding bagi cadangan penggabungan untuk mewujudkan sebuah entiti baharu dengan menyatukan operasi pasaran rantau ASEAN dan Asia Selatan milik masing-masing.

Transaksi yang dicadangkan itu membolehkan entiti baharu yang digabungkan (MergedCo) memanfaatkan keunikan operasi milik kedua-dua syarikat untuk menerajui serta mengurus pasaran baharu muncul dan baharu diteroka.

Bagaimanapun kedua-dua pihak masih belum dapat memberikan kepastian sama ada transaksi yang dicadangkan ini akan dimuktamadkan dengan pemeteraian perjanjian atau jika terdapat sebarang halangan untuk meneruskan sebarang pengambilalihan, penggabungan atau pelupusan.

Jamaludin berkata, selain kehadiran di peringkat Asia, cadangan penggabungan ini juga akan mewujudkan pengendali telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia dengan menggabungkan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan Digi.Com Bhd.

“Kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh suku ketiga 2019, yang akan menyaksikan Telenor menjadi pemegang saham majoriti dengan jangkaan 56.5 peratus pemilikan manakala 43.5 peratus oleh Axiata,” katanya.

Dalam pada itu, Jamaludin berkata, tiada sebarang isu pemberhentian pekerja susulan cadangan penggabungan dua syarikat itu sebaliknya kakitangan yang mempunyai pertindihan tugas akan ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Tags: axiataCELCOMDiGiTelenor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 70 Peratus Rangkaian Celcom Lembah Klang Pulih

23/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah memulihkan lebih daripada 70 peratus rangkaian di tapak yang terjejas di Lembah Klang setakat...

Akhirnya Dijual Juga Celcom

21/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak SEBELUM ini, syarikat Khazanah milik 100% syarikat CELCOM melalui Axiata. Kini, Khazanah milik 33.1% kepentingan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd