Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Moody’s Turunkan Penarafan Petronas

KUALA LUMPUR - Moody's Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang...

Malaysia, Negara Mesra Perniagaan,...

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan negara mesra perniagaan dan mengalu-alukan pelaburan langsung asing...

Jurutera Maut Diseret Kereta...

IPOH - Seorang jurutera maut selepas dilanggar dan diseret beberapa kenderaan dalam kejadian...

Isteri Jalaluddin Hasan Meninggal...

TAKZIAH diucapkan kepada pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercinta, Datin...

Tawaran Umrah Hanya Sembang Kosong – Yazit Search

KUALA LUMPUR – Sepanjang 10 tahun menanggung derita sakit buah pinggang, bekas pemain dram kumpulan Search iaitu Yazit Ahmad, memberitahu ada beberapa pihak datang kepadanya memberi tawaran pakej mengerjakan umrah.

Bagaimanapun kata Yazit, 57, sehingga ke hari ini ia tidak pernah berlaku dan dia menganggapnya sekadar bual kosong atau mungkin meraih perhatian orang ramai.

“Semua itu sekadar sembang. Saya hanya tunggu sahaja jika benar ada pihak yang mahu membawa saya ke Tanah Suci.

“Bagaimanapun dalam keadaan sekarang ini, bukan mudah untuk ke sana kerana saya perlu menjalani rawatan. Banyak perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum mengerjakan umrah atau haji,” ujar Yazit.

Melihat diri Yazit sekarang ini, keadaannya sedikit sihat berbanding peringkat awal dia disahkan menghidap sakit buah pinggang.

Katanya, dia reda dengan ketentuan yang telah terjadi dan terus menjalani kehidupan seperti biasa di samping menjalani rawatan dialisis di hospital.

“Orang sakit seperti saya ini tiada apa lagi yang saya mahukan selain kembali sihat. Tidak pernah saya terfikir untuk diberi bantuan kereta mewah atau sebagainya. Semua itu tidak membuatkan saya gembira.


“Impian orang sakit hanya mahu diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

“Melihat diri sendiri, saya sedar usia semakin tua. Saya harus terus memperjuangkan hidup hingga akhir hayat dengan lebih banyak melakukan kebaikan,” ujar Yazit yang ditemui di rumahnya ketika sesi lawatan khas Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hujung minggu lalu.

Sepanjang Ramadan ini, Yazit lebih gemar menghabiskan masa melakukan ibadah di masjid selain memenuhi undangan berbuka puasa. – UTUSAN ONLINE

Kategori