Sample Page Title

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan perbuatan anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bukanlah tindakan memboikot Istana Johor.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, tindakan Menteri Besar Kedah itu tidak disengajakan dan bukanlah isu besar yang harus dipertikaikan.

“Kadangkala apabila anda melepasi sesetengah orang, tidak bererti anda memboikot mereka.

“Kedua-dua Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersalaman dengan saya dan saya pun bersalaman dengan mereka, kamera tak tayang, mengapa ia tidak diperbesarkan?

“Saya tiada masalah dengan Kerabat Johor, malah di Istana Abu Bakar, Pekan baru-baru ini, Sultan Johor kata saya kelihatan muda, saya membalasnya imej (muda) ini kerana saya tiada janggut seperti baginda,” katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat Mukhriz atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan Sultan Johor di Istana Abu Bakar, Pekan pada 23 Mei lalu.

Dalam video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial menunjukkan Mukhriz tidak menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Sultan Johor sebaliknya terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim.


Kelakuan tersebut mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak termasuk Pemuda UMNO Johor yang menggesa anak Perdana Menteri itu memohon maaf kepada Sultan Johor.

Malah Tunku Ismail turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Johor menerusi laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Tunku Ismail bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut secara langsung. – Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...