• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Harapan Lunaskan Hutang 1MDB

oleh
16/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah yang berlangsung pada 24 April lalu telah memutuskan bahawa kesemua dana dalam Tabung Harapan akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berjumlah RM1,704.78 juta bagi tahun ini.

Meskipun dana tabung berkenaan tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB sebanyak RM51 bilion, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Tabung Harapan akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara.

“Kerajaan dengan ini ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan ke dalam tabung ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan melalui siaran media Kementerian Kewangan bertarikh 7 Februari lalu telah memaklumkan bahawa baki akhir sehingga 14 Januari lalu iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan ke dalam tabung itu adalah sebanyak RM202,716,775.

“Selanjutnya, pelaburan simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Akauntan Negara telah dilaksanakan dan faedah pelaburan yang diterima sehingga 31 Mac lalu adalah sebanyak RM575,342, menjadikan jumlah terkini akaun amanah tabung berkenaan adalah berjumlah RM203,292,117,” katanya.

Tags: 1MDBLim Guan Engtabung harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd