Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mandikan Anjing Dalam Bilik...

VIDEO ‘live’ wanita memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan...

Baitulmaqdis: AS Veto Draf...

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi...

Surat Bocor Dedah Pegawai...

SEPUCUK surat yang bocor menunjukkan setiausaha politik menteri pertanian Salahuddin Ayub mengaku menerima...

Peniaga Rugi RM23,525 Diperdaya...

KOTA KINABALU: Pemilik sebuah restoran di sini, menanggung kerugian RM23,525 selepas diperdaya seorang...

SRC International: Harvinderjit Tuduh Amirul Tukar Kenyataan

KUALA LUMPUR – Saksi ke-29, bekas Penolong Naib Presiden Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk Jabatan Pendapatan Tetap, Amirul Imran Ahmat dan peguam bela, Harvinderjit Singh terus berbalah berikutan soalan bertubi-tubi yang dikemukan kepadanya.

Bagaimanapun, Amirul tetap menjawab dengan tenang walaupun pada riak wajahnya tampak sedikit terganggu dengan soalan-soalan yang diutarakan Harvinderjit yang kelihatan tidak begitu ‘mesra’.

Harvinderjit yang merupakan peguam bela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menyoal Amirul tentang pinjaman RM2 bilion oleh KWAP kepada SRC International.

Sambil meneliti jawapan yang diberikan oleh Amirul, peguam bela itu menuduh saksi tersebut menukar jawapan yang diberikan olehnya sebelum ini menyebabkan berlaku sedikit perbalahan.

Harvinderjit: Semalam anda bersetuju. Sekarang anda menukar jawapan anda.

Amirul: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan terdahulu sebelum ini.

Harvinderjit: Tidak mengapalah kerana sebenarnya anda menukar jawapan anda.

Peguam bela itu juga ada bertanyakan kepada Amirul untuk membuktikan SRC International telah melanggar syarat-syarat penggunaan dana yang telah diperuntukan, membuktikan dana yang sama diberikan dan bukannya wang tunai dihasilkan daripada aktiviti pelaburan.


Amirul mengangguk tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Harvinderjit: Jika dana dikeluarkan pada hari yang sama dengan akaun tersebut menunjukkan pengkreditan dana, ia sangat sukar untuk ditentukan kecuali mereka mempunyai laporan audit forensik? Setuju?

Amirul: Bukan tugas saya tetapi ia boleh dilakukan.

Harvinderjit: Ini boleh dilakukan melalui audit forensik?

Amirul: Salah satunya. Ya, betul. – MalaysiaGazette

Kategori