• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seksyen 8 Lebuhraya WCE Kini Dibuka

oleh
31/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghubungkan Hutan Melintang – Teluk Intan dibuka secara rasminya kepada orang ramai bermula jam 6 petang hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, laluan sepanjang 19.1 kilometer (km) ini akan memberi manfaat kepada pengguna setempat dalam mengurangkan kesesakan jalan raya sempena Aidilfitri ini.

“Pembukaan jajaran Seksyen 8 yang direkabentuk sebagai laluan dua lorong dua hala bakal menjadi laluan pintasan kepada penduduk tempatan sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.

“Ini berikutan jajaran ini akan dapat memendekkan masa perjalanan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan FT005 (Sabak Bernam – Teluk Intan) sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya WCE, di Plaza Tol Teluk Intan, hari ini.

Turut hadir Penasihat Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin; Timbalan Speaker Dewan, Nga Kor Ming dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Aziz Abdullah.

Menurut Mohd Anuar, pembukaan Seksyen 8 Lebuhraya WCE ini bersifat setempat iaitu memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal berhampiran lebuhraya ini.

“Namun begitu apabila siap sepenuhnya nanti, Lebuhraya WCE bakal menjadi satu sistem penyuraian trafik dan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), terutamanya ketika musim perayaan bagi perjalanan dari Lembah Klang menuju utara Semenanjung dan sebaliknya.

“Jajaran pertama Lebuhraya WCE yang dibuka kepada orang awam ini juga tidak dikenakan bayaran tol sehingga pihak kerajaan membuat keputusan berkenaan polisi serta kadar tol bagi lebuhraya ini,” katanya.

Lebuhraya WCE sepanjang 233 km merentasi Selangor dan Perak dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.044 bilion dengan RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor, manakala RM1.922 bilion di Perak.

Jajaran Lebuhraya WCE di Selangor bermula dari Jalan Banting – KLIA (B18) hingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sepanjang 93.8km, manakala di Perak bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2 km.

Bagi jajaran Lebuhraya WCE di Perak ia membabitkan lima pakej iaitu pakej lapan hingga 12 membabitkan 11 pembinaan susur keluar dan persimpangan bertingkat selain tiga kawasan rehat dan rawat (R&R).

11 Persimpangan bertingkat akan dibina di Hutan Melintang, Teluk Intan, Lekir, Sitiawan Selatan, Sitiawan Utara, Changkat Cermin, Kinta Barat, Beruas, A130, Trong dan Taiping Selatan. – Sinar Harian

Tags: Lebuhraya Pesisiran Pantai Baratlebuhraya WCE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Lelaki Rentung Kereta Langgar 3 Jentera Bina Jalan

06/09/2019
0

BERUAS - Dua lelaki rentung manakala seorang cedera parah apabila kereta jenis Audi yang dinaiki terbakar selepas melanggar tiga buah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd