Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Jemput Semua Ahli...

KUALA LUMPUR - UMNO memanggil semua anggota Majlis Kerja Tertingginya (MKT) hadir mesyuarat...

Filem Terbaru Shia LaBeouf...

FILEM terbaharu dibintangi aktor Shia LaBeouf, berjudul 'Man Down' mendapat sambutan yang mengejutkan...

PM Umum Saringan Kesihatan...

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga penambahbaikan untuk kebajikan...

Agong Terima Watikah Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

“Saya Tak Boleh Pegang 2 Jawatan Satu Masa” – TMJ

PENGERUSI Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan tindakannya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah demi kelangsungan dan meningkatkan mutu bola sepak negara.

Tunku Ismail dalam kenyataan MFL hari ini menjelaskan keputusan tersebut diambil selepas pelbagai pihak termasuk penaja serta rakan kongsi Liga Malaysia (Liga-M) menggesa baginda untuk turut sama menjawat jawatan pengerusi MFL.

Menurut Tunku Ismail, keputusan meninggalkan kerusi panas itu selepas hanya 365 hari bukan satu perkara yang mudah, namun ia terpaksa diambil untuk memberikan komitmen dan fokus sepenuhnya kepada satu-satu perkara.

“Semasa saya menjadi Presiden FAM, matlamat dan agenda saya hanya satu iaitu mencipta dan menstruktur semula sistem supaya peranan FAM adalah untuk menjaga pasukan kebangsaan, jawatankuasa tatatertib, jawatankuasa status disiplin dan sebagainya untuk lebih kepada formal di mana bukan fokus khusus kepada liga.

“Jika lihat negara yang berjaya, badan induk mereka ada peranan tersendiri tetapi yang menguruskan liga adalah badan bebas. Jadi selepas membuat perancangan mewujudkan MFL, ramai yang inginkan saya berada di MFL tetapi saya tidak boleh memegang dua jawatan dalam satu masa,” titah baginda.

Tunku Ismail mendakwa baginda meninggalkan pucuk kepimpinan badan induk itu dalam posisi terbaik dan membelanjakan wang sendiri sebanyak RM12 juta dalam tahun pertamanya di FAM selain turut bantu menjelaskan saman terhadap FAM berjumlah RM1.4 juta.

“Saya telah selesaikan semua hutang FAM dan saya tidak tinggalkan FAM tanpa berbuat apa-apa. Saya tinggalkan FAM kerana ada peranan dan misi lebih besar di MFL. Jadi apa yang telah saya buat untuk FAM adalah lebih kepada sistem penstrukturan dan menjelaskan hutang-hutang FAM.


“Saya telah berbelanja RM12 juta dalam tahun pertama di mana ketika itu FAM tiada duit. Dalam masa sama saya juga selesaikan kes di mana FAM akan disaman Euro1.4 juta (RM6.5 juta) dan akhirnya dapat dikurangkan kepada Euro300,000 (RM1.4 juta) di mana saya gunakan duit saya dahulu kerana FAM tiada bajet,” titah baginda.

Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) dipilih sebagai Presiden FAM pada 25 Mac 2017 dan melepaskan jawatannya itu pada 25 Mac 2018.

Pada masa sama, Tunku Ismail menjelaskan pihak MFL sedang berusaha keras untuk membawa penaja dari luar negara untuk datang melabur di dalam kancah bola sepak tempatan.

“Insya-ALLAH kita akan ada syarikat daripada luar negara dan saya tak boleh sebut nama syarikat tersebut kerana kita perlu mendapat pengesahan dahulu dan keyakinan daripada mereka untuk menaja bola sepak tanah air kita,” titah baginda.

Kategori