• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Tidak Tahu Sumber Dana, Akaun Bank Najib

oleh
15/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi ke-37, bekas Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman mendedahkan mendedahkan beliau langsung tidak tahu menahu sumber dana RM40 juta yang diberikan kepada syarikatnya.

Malah Shamsul Anwar juga mengakui beliau juga tidak tahu langsung tentang sumber wang untuk pemindahan RM5 juta pada 5 Februari dan 6 Februari 2015.

Kata Shamsul Anwar yang juga merupakan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB sebelum menerajui Ihsan Perdana, seandainya beliau tahu pemindahan wang itu untuk akaun Najib, beliau tidak akan melakukannya.

“Saya anggap pindahaan wang itu untuk tujuan CSR. Jika saya tahu itu adalah akaun Najib, saya tidak akan lakukan pindahan tersebut.

“Saya juga ada meminta Aishah Ghazali untuk menyemak pemilik akaun tersebut selepas itu.

“Najib sendiri tidak pernah pula menghubungi saya dan bertanyakan tentang pemindahan wang itu ke akaun beliau mahupun memberikan arahan untuk memindahkan wang kepada beliau,” terangnya.

Ketika disoal bagaimana beliau membiarkan sahaja pemindahan dilakukan tanpa mengetahui siapa pemilik akauan itu, kata Shamsul Anwar, beliau ada bertanyakan kepada wakil Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), Ung Su Ling namun tidak pernah diberikan jawapan.

“Saya telah banyak kali bertanyakan kepada Ung sama ada ketika bersemuka atau melalui telefon siapakah pemilik akaun AmBank itu selain daripada sumber dana mana yang disalurkan kepada Ihsan Perdana namun tidak pernah memberikan jawapan kepada saya.

“Saya hanya mengetahui kebenaran itu melalui akhbar seperti Wall Street Journal tentang pindaan itu. Mungkin juga Ung telah menerima arahan itu melalui Allyarham Datuk Azlin Alias,” katanya.

Azlin Alias merupakan bekas Setiausaha Politik yang maut dalam insiden helikopter terhempas pada April 2015. – MalaysiaGazette

Tags: Ihsan PerdanaNajib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd