Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Bila Pak Lebai ‘Hanyut’...

BARU sahaja kita dikejutkan dengan insiden dua artis dikir barat wanita yang menyanyi...

Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth...

LONDON – Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II bakal berlangsung pada 19 September ini,...

Ronaldo Nafi Palsu Dokumen...

PENDAKWA raya Sepanyol baru-baru ini membuat dakwaan bahawa bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo...

Fenomena Supermoon Tengah Malam...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon iaitu bulan penuh paling...

Polis Siasat Semula Kes Bekas CEO Cabul Anak

KUALA LUMPUR – Siasatan semula akan dilakukan Polis terhadap kes membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi kerana didakwa mencabul anaknya yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai `NFA’ atau `Tiada Tindakan Lanjut’.

Memetik laporan Portal Astro Awani, penelitian terperinci akan dibuat terhadap kes itu bagi membolehkan gambaran jelas diperoleh mengenai apa sebenarnya berlaku sebelum tindakan lanjut diambil.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Choo Lily memberitahu portal itu, sebelum ini, pihaknya dimaklumkan kes itu tidak boleh diteruskan untuk pendakwaan di mahkamah berikutan kekurangan bukti, namun tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

“Kes ini ditutup sementara kerana pihak pendakwaraya memaklumkan tiada cukup keterangan menyebabkan ia tidak boleh diteruskan di mahkamah.

“Alasan mengapa dikatakan demikian (kurang keterangan), saya tidak pasti kerana belum mendapat maklumat terperinci mengenai kes itu dan siasatan mengenainya akan dibuat,” katanya di sini hari ini.

Tambah Choo Lily, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes berkenaan memandangkan ia diklasifikasikan sebagai sulit, selain tidak mempunyai maklumat lanjut.

“Kes itu dilaporkan berlaku ketika beliau belum mengambil alih jawatan berkenaan,” ujarnya.


Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bekas CEO sebuah syarikat telekomunikasi ditahan minggu lalu selepas didakwa mencabul anak gadisnya.

Difahamkan, lelaki itu ditahan selepas bekas isterinya membuat sekurang-kurangnya 15 laporan polis sejak tahun 2015 iaitu selepas pasangan itu berpisah.

Bekas CEO itu ditahan di Balai Polis Hulu Kelang Khamis lalu selepas didakwa menceroboh masuk ke rumah bekas isterinya. – UTUSAN ONLINE

Kategori