Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Bapa Maafkan Wanita Yang...

SYDNEY - Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut, selepas sebuah kereta dipandu...

Pengarah Kemas Didakwa Terima...

ALOR SETAR - Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Putrajaya mengaku...

Chong Wei Mahu Jadikan...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu menjadikan penampilan...

Malaysia Amal Sekularisme Jika...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjadi negara berteraskan sekularisme jika DAP yang dominasi...

Polis Lulus Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405

KUALA LUMPUR – Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang akan diadakan di sini esok sudah mendapatkan kelulusan polis.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya berkata, perhimpunan itu akan dijalankan secara aman seperti perhimpunan lain yang telah dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Kata beliau, perhimpunan itu bertujuan untuk menyuarakan kegelisahan rakyat terutamanya masyarakat bumiputera dan Islam terhadap isu-isu yang dilihat mengancam kedaulatan Islam serta Perlembagaan Persekutuan.

“Saya nak tegaskan bahawa perhimpunan kami adalah perhimpunan aman. Jadi saya harap semua rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat turun tanpa ada mana-mana pihak yang cuba membuat sabotaj.

“Alhamdulillah, perhimpunan kita esok telah dibincangkan dengan pihak polis dan telah mendapat kelulusan. Tidak ada masalah,” katanya dalam sidang akhbar di perkarangan pusat beli-belah Sogo di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori