• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Bazar Ramadan Desa Pandan Rugi Dikhianati DBKL

oleh
18/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 80 peniaga Bazar Ramadan Desa Pandan, di sini mengalami kerugian teruk berikutan lokasi yang baharu disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kurang dikunjungi pelanggan, sejak hari pertama beroperasi.

Daripada jumlah itu, kira-kira 50 peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka kerana lokasi bazar berkenaan didakwa tidak strategik berbanding lokasi lama.

Peniaga, Siti Nur Jannah Abdul Latif Chedzoy, 27, mendakwa mereka seolah-olah telah dikhianati pihak berkuasa tempatan itu kerana pada awalnya pihaknya dimaklumkan bahawa peniaga yang berdaftar secara dalam talian dibenarkan berniaga di lokasi baharu.

Menurutnya, ini kerana lokasi lama perlu ditutup kerana mengganggu laluan utama.

“Apa yang menimbulkan rasa terkilan kami, dua hari sebelum Ramadan lalu, lokasi asal telah dibuka kepada peniaga yang berdaftar di bawah persatuan.

“Kami difahamkan, DBKL telah membenarkan persatuan penjaja untuk berniaga sedangkan perkara itu amat bercanggah dengan ketetapan yang dibuat sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, lebih mengecewakan lokasi yang disediakan oleh DBKL kepada peniaga persatuan adalah di tapak yang mana terdapat notis pemakluman tiada sebarang aktiviti bazar Ramadan dikeluarkan. – UTUSAN ONLINE

Tags: DBKLdesa pandanpeniaga bazar ramadan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd